dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Batas Lintang, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Pripex Anjuran Jpn Perlis 2025

5 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 04 November 2025, wakil setiap NADI di Perlis dan MCMC telah berkerjasama dalam mengadakan booth Kempen Internet Selamat sempena Program Pripex Anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis 2025. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang internet dengan menjawab kuiz menggunakan tablet yang disediakan oleh staf NADI berkenaan dengan tanggungjawab dan keselamatan dalam menggunakan internet di kalangan masyarakat.

Selain itu, peserta yang hadir juga diberikan penerangan mengenai kelebihan menjadi ahli NADI seperti penggunaan kemudahan yang disediakan di NADI, pendaftaran MyID Digital, 5 kelas percuma perkhidmatan pintar, pemeriksaan kesihatan, pembelajaran sepanjang hayat dan sebagainya. MCMC juga turut mempromosi kelebihan aplikasi NEXUS MCMC dan JENDELA MAP kepada masyarakat. Aduan mengenai penipuan dalam talian seperti penipuan dari telco, scammer dan sebagainya juga boleh disalurkan kepada pegawai MCMC.

Sehubungan dengan itu, adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada komuniti tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, komuniti juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..